Dec 4, 2017

6th GLOBAL SUMMIT ON URBAN TOURISM (6TH GSUT) “SUSTAINABLE AND COMPETITIVE TOURISM ON THE NEW URBAN AGENDA”


KUALA LUMPUR, 4 Disember 2017 – Majlis Perasmian 6th Global Summit On Urban Tourism (6th GSUT) telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta disaksikan oleh H.E. Dr Taleb Rifai, Setiausaha Agung UNWTO; H.E. Dr. Joan Clos, Pengarah Eksekutif UN-Habitat dan YBhg. Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin Bin Abd. Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pagi ini.

Edisi keenam penganjuran GSUT ini teleh menyaksikan Kuala Lumpur dipilih sebagai tuan rumah oleh UNWTO sebagai bandar raya pertama di Asia untuk menjadi tuan rumah. Penganjuran GSUT yang pertama telah diadakan di Istanbul, Turki pada tahun 2012 dengan tema “Catalyzing Economic Development and Social Progress”. Berdasarkan kejayaan persidangan tersebut, UNWTO telah menganjurkan 4 lagi siri iaitu di Moscow, Rusia dengan tema “Implementing Innovative Strategies to Enhance Competitiveness and Business Development” pada tahun 2013, diikuti dengan Barcelona, Sepanyol pada tahun 2014 dengan tema “New Paradigm in City Tourism Development”, seterusnya di Marrakesh, Maghribi dengan tema “Re-inventing City Tourism” dan pada tahun 2016, persidangan ini telah diadakan di Luxor, Mesir dengan tema “Cities: Local Culture for Global Travelers”.

Bertemakan “Sustainable and Competitive Tourism on the New Urban Agenda, penganjuran GSUT pada kali ini bertujuan sebagai platform untuk berkongsi pengalaman, mencambah idea-idea dan mencadangkan hala tuju serta visi untuk pembangunan pelancongan secara lestari, bandar pintar dan perancangan bandar untuk masa hadapan.

6th Global Summit On Urban Tourism (6th GSUT) dibahagikan kepada 4 sesi mengikut sub-tema berikut:

  • Sesi 1 - Tourism and the New Urban Agenda
  • Sesi 2 dan 3 - Key Factors for Urban Tourism Competitiveness
  • Sesi 4 - Tourists First: Success Stories on Urban Tourism Performance.

Ianya menampilkan peneraju-peneraju utama sektor pelancongan, penggubal-penggubal polisi dan pakar-pakar daripada sektor awam dan swasta dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman, mencambah idea-idea dan mencadangkan hala tuju serta visi untuk pembangunan pelancongan bandar secara lestari sustainable urban city tourism bandar pintar serta perancangan bandar untuk masa hadapan.

6th GSUT turut menampilkan 20 orang ahli panel dan moderator tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman luas dalam industri pelancongan khususnya pembangunan pelancongan bandar secara lestari. Ianya juga turut berperanan sebagai salah sebuah platform kepada Menteri-menteri dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dari negara-negara UNWTO serta wakil-wakil swasta untuk bertemu, berbincang dan bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin-pemimpin industri pelancongan mengenai pelancongan bandar lestari dan pintar di alaf baru ini. Ia juga akan memberi peluang bagi mewujudkan satu rangkaian kerja (networking) di kalangan pemain industri pelancongan, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan dan Menteri-menteri Pelancongan dalam kalangan negara anggota UNWTO.

TAMAT

Untuk mendapatkan siaran media, media info dan artikel berkaitan industri pelancongan di Malaysia, sila lawati Pusat Media di laman web Tourism Malaysia di http://www.tourism.gov.my

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA ATAU TOURISM MALAYSIA ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Tourism Malaysia menumpukan kepada tugas khusus iaitu mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah muncul sebagai pemain utama dalam dunia pelancongan antarabangsa. Pada 2016, Malaysia telah mencatatkan kedatangan seramai 26.8 juta orang pelancong asing dengan pendapatan pelancong sebanyak RM82.1 bilion.

Hubungi:

Unit Perhubungan Media:

Aliza Mansor, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8789
Emel: aliza@tourism.gov.my

Unit Editorial:

Anis Rozalina Ramli (Ms), Editor Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: +603-8891 8759
Emel:
anisramli@tourism.gov.my


Kapsyen:

Gambar 1: Majlis Perasmian 6th Global Summit On Urban Tourism (6th GSUT) yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, diiringi oleh H.E. Dr. Joan Clos, Pengarah Eksekutif, UN-Habitat (Dua Dari Kanan); YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), MOTAC (Paling Kanan); YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng, Mantan Ketua Setiausaha MOTAC (Tiga Dari Kiri); H.E. Dr. Taleb Rifai, Setiausaha Agung UNWTO (Dua Dari Kiri) dan YBhg. Tan Sri Hj. Mhd Nordin Bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur (Kiri) di Hotel Majestic , Kuala Lumpur.

Gambar 2: YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bersama H.E. Dr. Taleb Rifai, Setiausaha Agung UNWTO (Dua Dari Kiri), YBhg. Tan Sri Hj. Mhd Nordin Bin Abd Aziz, Datuk Bandar Kuala Lumpur (Kiri), H.E. Dr. Joan Clos, Pengarah Eksekutif, UN-Habitat (Dua Dari Kanan); YBrs. Puan Nor Yahati Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), MOTAC (Paling Kanan) di Majlis Perasmian 6th GSUT

Download as PDF file

Related Photos